Selepas melahirkan anak, wanita dalam tempoh berpantang disyorkan mengikuti langkah-langkah rawatan mengembalikan kesegaran tubuh cara tradisi yang diwarisi sejak zaman nenek moyang.

Antaranya ialah dengan memakai bengkung atau barut. Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat.
 

Bengkung Tali

Moden serta mudah dipakai. Sesuai untuk wanita selepas bersalin. Ia tidak memerlukan bantuan untuk memakainya.

 

TIP:
Bengkung Tali adalah pakaian dalam yang ringkas tetapi jika tidak kena cara memakainya; kesan & hasilnya akan mengecewakan anda!

Ada dua kaedah pemakaian sama ada anda BERSEORANGAN atau DIBANTU oleh pasangan (suami) anda:

SAMBIL BERDIRI
 

Hasilnya mungkin kurang memuaskan sebab perut anda 'jatuh ke bawah' dan tidak dapat dipasang ketat.

   
SAMBIL BARING
 

Anda dapat mengempiskan perut dan bengkung dapat dipasang ketat.

   
   
Cara Mamakai Bengkung:
   

Mulakan lilitan bengkung dari paras bawah dada hingga ke punggung dengan bahagian tali pendek di sebelah atas.

 

 

Memasang / memakai bengkung secara DIBANTU oleh pasangan SAMBIL BARING adalah disarankan daripada BERSEORANGAN kerana pasangan anda dapat membuat lipatan untuk mengemaskan terhadapat lebihan lilitan bengkung.

 

 

Jika anda menggunakan minyak panas di bahagian perut, lapikkan ia dengan kain nipis (tuala atau kain lampin bayi) sebelum membalut dengan bengkung. Ini untuk mengelakkan bengkung anda kotor.

_  
_